スポンサーサイト
この広告は60日以上更新がないブログに表示されております。
新しい記事を書くことで広告を消すことができます。
| - | | - | - |
Pau ayam, pau daging..
Sabtu hari tu lepak rumah tok kat Kangkong. Bes la jugak sebab Maksu ada. Dah lama tak rasa dok ramai-ramai, gheja bercakap je la aku. LK pun ada geng. Memula sampai tu malu-malu. Lepas bagi souvenir, terus lari bertenggek kat MK. Lepas jer kawan bagi eskrem, terus jadi geng. Ajak la berjalan mana pun, sanggup dia ngikut. Makan pun tak makan ngan aku.
Memula plan ingat nak berkelah, tapi tak jadi sebab adik sepupu aku ada tusyen. Sian dia, baru darjah tiga dah kena pi tusyen. Aku dulu besar dia kalut nak beli menan ada la. Tetengah hari dah keluar rumah main wau ngan adik beradik. Buku tolak tepi. Tapi berkelah jugak ler kat luar rumah tok. Makan laksa, makan sate, cicah garam belacan. Siap kait buah nyok muda lagi. Bercawan-cawan jugakla aku minum.
Hari Ahad pagi, mak aku bawak LK pi pekan ahad. Niat nak beli lauk ja aku rasa. Balik-balik aku tengok LK dah siap pakai getah rambut rambu-ramba. Rambut dah la cinonet ja. Dalam beg mak aku, ada sepit rambut lagi. Kat tangan dah ada mainan tepon cinderela. Bertambah lagi koleksi mainan dia. Jenuh la nak mengusung tepon tu. Tapi tak sampai berapa lama main, dah nak rosak. Sat sat bunyi, sat sat tak bunyi. Bila tensen, diketuknya tepon tu. Petang pegi melawat adik bongsu aku kat matrik Changlun. Ingat leh la singgah makan kotieau kerang kat situ, tapi balik dah nak dekat maghrib, leceh la plak nak singgah masjid sat gi.
Hari ni dia ikut mak aku pegi bayar cukai hasil kat Jitra. Sekali balik, rupanya anak aku dah ada ilmu `pau`. Aku saja la tunggu dia turun gheta bila dah sampai rumah. Dia buat muka cam tunggul kayu. Aku ingat kot kot la terkencing dalam seluar, tapi tengok ok. Dia amik Pringles hulur kat aku. Kasut tak bukak lagi. Skali mak aku sruh dia amik lagi barang dia. Bila member pusing ja, aku terperasan ada tepon dalam poket dia. Mak aii..skali lagi beli. Patut la muka toya jer time nampak aku. Mak aku cakap, nak sembunyi takut aku ngan abah dia nampak. Ini macam kalu, tak leh la dok ngan tokwan dia. Silap hari bulan abih duit pencen ayah aku beli tepon cinderela.
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, pau ayam ngan pau daging tak bes. `Pau kaya` jugak yang bes...hehe..
| Little Hill | 18:18 | comments(14) | trackbacks(82) |
Kronologi minggu lepas..
Minggu lepas dalam patah-patah kaki tu sempat jugak la kitorang pegi berjalan. Sruh FIL survey keta sewa kat area rumah. Skali jumpa la satu wak ni. Lima hengget satu jam, aircond tarak dia kata. Ingat tamau amik, pinjam keta BIL ja. Ye la, dari KT nak pegi JB bukannya dekat. Mau plak jem, basah lencun kami anak beranak dalam gheta nanti. Kena plak mandi lagi skali kat JB.
Skali tepon BIL, dia sruh pi amik kat rumah dia. Ayooo, nak angkut budak ni naik bas pi Kulai, tak sanggup ler aku. Kalau naik satu bas jer takpe, ni kena tukar dua tiga bijik bas. Lepas mesyuarat tak rasmi, tukar plan jadi dok rumah jer la. Mati kutu lagi skali. Sudahnya kami sewa jugak keta old sezen tu pegi waterfall. Skali hujan plak dah..tapi still jalan jugak. Rugi aa dah sewa. LK plak dah siap tukar pakai baju mandi. Tinggal terjun jer nanti.
Sampai jer kat waterfall, aku dengan tak sabarnya turun dulu tanpa menunggu yang lelain. Fuh sejuknyaaaaaaaa. Belum masuk separuh badan, aku dah menggeletar. Macam mana nak duduk kat bawah air terjun. Ingat nak mandi sekejap ja. Tapi memandangkan tiket masuk mahal, terpaksa berendam lama jugak. Rugi wooo. Dah la orang masuk kena bayar, parking gheta pun dia caj. Aku tengok tadak la berubah sampai jadi cam Wet World Shah Alam pun. LK dalam dok ketaq tu, sebok gak nak ikut mak dia berendam lama. Sruh swimming tamau, dia simbahkan air jer lebih. MIL la kena sebab aku dok belakang LK.
Hari Sabtu, patah kaki balik. Menteri Luar Singapore datang Air Tawar, jadik FIL kena main kompang. Hajat aku nak makan nasi kenduri tertunai la jugak sebab sebelum tu FIL pegi main kompang kat kenduri kawin. Dia bawak la balik sebungkus nasik. Tapi feel dia tetap tak sama dengan pi makan kat kenduri. Kira baru setengah ler hajat aku tu tercapai. Mana la aku nak cari lagi setengah.
Hari Ahad kami packing barang nak pi umah BIL. Dia datang amik. Ingat nak jejalan, tapi BIL satu family dah tersangkut tengok Anugerah Bintang Fofular. Kami plak memang jenis tak minat tengok anugerah-anugerah ni, maka bersiap sedia tido awal ler. Soknya pi Larkin cari tiket balik Kedah, lepas tu pi Jaya Jusco. Hahahah..aku dah pi Jaya Jusco terbesar di Asia. Bes dalam tak bes. Yang bes, huihhh..besarnyaa..terasa kurang skit rindu aku kat Midveli. Yang tak besnya..waaaaaa.. tadak duit nak shopingg. Sapa nak belanja aku shoping ni.
Skang ni aku dah sampai Kedah. Bagus jugak amik bas malam. Anak dara tu tido nenyak sampai ke pagi. Golek-golek seb baik tak jatuh kerusi. Aku plak tido kejap, jaga kejap. MK aku rasa cam kelindan bas. Dia tak boleh nak tido. Kami dok seat depan sekali. MK nak tido, tapi mata dia nampak meter bas. Sapa la yang boleh nyenyak bila selalu nampak meter cecah 120. Skang ni aku kena survey bas apa plak bes buat pegi KL. Seat tetap nak amik depan sekali supaya tadak orang suka hati turunkan seat dia depan aku.
| High Hill | 11:04 | comments(8) | trackbacks(0) |
Patah Kaki..
Kami semua skang kat rumah MIL kat Kota Tinggi. Jejak kaki kat Singaporenak dekat kol 12 tengah malam. BIL amik terus hantar umah MIL. Sempat la singgah kedai makan beli nasi goreng kampong. Tapi nasik apa ntah budak tu goreng, macam pakai rencah megi goreng, dah ler tu tak bubuh garam lak tu. LK bising sebab lama sangat dalam flight. Siap cakap penin kepala. Dah la tak bagi toys, makanan sebab order vege, LK langsung tak makan. Seb baik dah siap bawak bekal onigiri ngan biskut.
Soknya aku dah makan mee siput, kedai sebelah rumah MIL. Petang dapat makan jeruk. LK plak seronok giler dapat balik kampung. RUmah luas, puas dia main. Dah lama jugak aku tak tengok dia berpeluh. Nak mandi pun senang. Makan je la liat cam biasa. Tapi dopopatjam berpeluh jer dia. Main bukan main macam tak hingat dunia.
Semalam pegi pekan Kota naik teksi. Takde la beli apa sangat pun. Beli lauk ngan selipar LK je la. Sian plak dia berjalan pakai kasut sport. Selipar beli yang jenis pet pet pet tu. Sakit telinga aku dengar. Tapi nak buat camne, yang itu yang dia berkenan. Aku ingat nak beli gak selipar lima hinggit. Tapi cam malas ler plak sebab takde nak pegi mana pun. Takan jalan gi jenguk semak belakang rumah jer buat per nak beli slipar baru.
Plan ingat nak pegi Waterfall. Tapi keta takde. Tu yang buat kitorang patah kaki tu. Nak naik moto, MK tak konfiden nak bawak jejauh. Lagipun jalan sini bahaya sebab keta bawak laju. Helmet pun tak cukup lagipun. Naik moto pusing Air Tawar jer la. Excited sungguh LK bila naik moto. Naik bukit turun bukit, bising mulut dia.
ish..tak leh ler nak mengarang lelama. Aku ni pakai tmnet prepaid jer. Tu pun ayah aku punya. Kang dah habih, tak sempat plak aku nak cek mel. Untuk kengkawan, sori la sebab tak sempat nak jengah blog korang. Connection slow, tapi bil jalan. Sian plak kat MIL nak bayar bil tepon tetinggi. Nanti bila dah balik Kedah, aku update lagi. Satu lagi, bila balik sini, nampak jer kedai KFC, aku jadi tak lalu plak nak makan. Padahal dah berbulan aku teringin nak makan. Tensennnnnnnnn
| High Hill | 14:07 | comments(8) | trackbacks(0) |
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
<< November 2009 >>
+WISHLIST
+ SELECTED ENTRIES
+ RECENT COMMENTS
+ RECENT TRACKBACK
+ CATEGORIES
+ ARCHIVES
+ LINKS
+ PROFILE
+ OTHERS
このページの先頭へ